Khashoggi
Jamal Khashoggi dilihat memasuki bangunan konsulat pada 2 Oktober lalu dan tidak keluar dari premis berkenaan. foto BBC

GENEVA – Seorang penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengetuai siasatan antarabangsa tentang kematian wartawan warga Arab Saudi, Jamal Khashoggi telah memohon untuk mengakses lokasi kejadian jenayah di konsulat Arab Saudi di Istanbul dan melawat negara itu.

Agnes Callamard yang memulakan misi ke Turki atas undangan negara itu bermula Isnin berkata, beliau masih belum menerima jawapan daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

Pada Khamis lalu, beliau memberitahu, tiga ahli panel perundangan dan forensik akan mewujudkan ‘asas dan tanggungjawab individu’ terthadap pembunuhan itu.

Khashoggi, kolumis Washington Post yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) dibunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu. Beliau ke konsulat itu untuk mengambil dokumen perkahwinannya.

Agensi perisikan AS percaya Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengarahkan operasi membunuh Khashoggi dan berkata mayatnya telah dikerat-kerat dan dibuang di lokasi yang masih belum diketahui.

Riyadh menafikan putera mahkota itu terbabit dalam pembunuhan tersebut.

“Saya juga telah memohon akses ke konsulat Arab Saudi di Istanbul dan berjumpa dengan duta Arab Saudi di Turki,” kata Callamard dalam emel kepada Reuters. “Saya juga telah memohon kebenaran untuk melakukan lawatan ke Arab Saudi,”.

Envoi Arab Saudi di Geneva dan pejabat media kerajaan di Riyadh tidak menjawap pertanyaan Reuters mengenai siasatan antarabangsa itu.

Pada tahun lalu, jurucakap pendakwa raya Arab Saudi menahan 21 warga negara itu berhubung kes tersebut, dan daripada jumlah itu 11 orang didakwa.

Pada bulan ini, pendakwa raya itu berkata, mereka mahu hukuman mati dikenakan ke atas 5 suspek.

“Saya dapati langkah yang perlu diambil daripada sisatan ini antaranya, memberitahu mengenai kebertanggungjawaban formal terhadap pembunuhan kejam Khashoggi,” kata Callamard.

Dalam laporan kepada kepada majlis Hak Asasi Manusia PBB Jun, siasatan itu akan mengsyorkan mengenai bagaimana memastikan ‘kebertanggungjawaban (jenayah) formal’, katanya.

Callamard berkata, beliau telah memohon maklumat daripada pihak berkuasa lain, termasuk Amerika Syarikat.

“Adalah diharapkan ini akan membantu memastikan kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam kes ini dan mungkin membuka laluan baharu untuk menghalang dan melindungi hak untuk hidup pada kes lain, termasuk mempertahankan hak wartawan dan manusia, dan kebertanggungjawaban terhadap pembunuhan mereka, tambah beliau. – Agensi