Dua suspek berusia 31 dan 40 tahun yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun di Rasah Jaya, semalam, direman empat hari bermula hari ini.
Polis mendapatkan reman selama tiga hari bagi menyiasat seorang lelaki yang memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan semalam.- Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang peniaga mengalami kerugian RM6,800 setelah diperdaya dalam urusan jual beli sebuah kereta dalam laman sesawang iklan internet pada Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata, mangsa, 37, sebelum itu telah tertarik untuk membeli sebuah kereta yang dijual dengan harga RM6,800 dalam satu laman sesawang.

“Pada hari yang sama mangsa telah menghubungi suspek dan telah bersetuju membeli kenderaan berkenaan dengan membuat tiga kali transaksi bayaran berjumlah RM6,800.

“Selepas kesemua bayaran dibuat mangsa diminta untuk mengambil kereta yang dijual itu di Batu Caves, Selangor,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya mangsa bagaimanapun gagal menghubungi suspek sebaik tiba di tempat yang dijanjikan semalam.

Katanya, lelaki itu yang merasai ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

— BERNAMA