Gambar runtuhan yang berlaku di projek Bukit Bintang City Centre (BBCC)
Gambar runtuhan yang berlaku di projek Bukit Bintang City Centre (BBCC)

KUALA LUMPUR- Eco World Development Group Bhd. (EcoWorld) mengesahkan berlakunya runtuhan di projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) jam 8.23 malam, Jumaat lepas seperti yang tersebar di media-media sosial.

Menurut EcoWorld, insiden tersebut berlaku akibat kegagalan binaan simen tebal di projek berkenaan.

“Tiada sebarang kecederaan ataupun kerosakan terhadap hartanah.

“Pihak berkuasa telah dimaklumkan manakala siasatan untuk mengenal pasti punca insiden dilakukan dengan segera.

“Buat masa ini, kawasan terjejas telah dikepung manakala kerja-kerja di kawasan lain yang tidak terjejas diteruskan seperti biasa.

“Pada 28 Januari, BBCC telah menerima kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia untuk meneruskan kerja-kerja di kawasan tersebut hari ini,” katanya.- MalaysiaGazette