Kasut Nike yang didakwa ada perkataan Allah. foto Agensi

JAKARTA – Nike Inc berhadapan tekanan untuk menarik balik salah satu jenama kasutnya yang terkemuka selepas seorang pelanggan melancarkan petisyen dalam talian dengan mendakwa reka bentuknya menyerupai perkataan “Allah”.

Petisyen itu mengatakan ia adalah sesuatu yang “mengerikan” untuk membenarkan nama Tuhan pada kasut Nike Air Max 270, yang “pastinya akan dipijak, ditendang dan menjadi kotor dengan lumpur atau kotoran.”

Pelanggan tersebut, Saiqa Noreen, meminta Nike untuk memanggil semula kasut dengan reka bentuk menyerupai perkataan Allah daripada jualan di seluruh dunia dengan segera.

Bagaimanapun, Nike berkata, logo itu merupakan mewakili cap dagang Air Max dan menafikan tuduhan yang secara sengaja menghina umat Islam.

Petisyen yang mensasarkan 25,000 tandatangan kini telah disertai oleh 16,000 orang. – MalaysiaGazette