TERKINI : SETUJU! TAK SETUJU! – “Lepas Raya Cina Kita Bincang”- Anthony Loke

Berikutan kenyataan Ibu Pejabat Bukit Aman mengenai tiada lagi pengurangan saman oleh kerajaan yang boleh mengurangkan hasil kutipan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa itu.

Menurut beliau, satu pertemuan akan diadakan antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perkara itu selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina, 6 Februari depan.

“Mereka tidak kata tidak setuju, kerajaan akan bincang dengan mereka selepas sambutan Tahun Bahari Cina,” katanya dalam sidang media selepas program edaran cenderahati kepada penumpang KTM Berhad sempena sambutan Tahun Baharu Cina di KL Sentral hari ini.