SINGAPURA – Harga minyak naik untuk hari ketiga didorong oleh isyarat penurunan import ke Amerika Syarikat disebabkan usaha OPEC untuk mengawal pasaran.

Harga West Texas Intermediate (WTI) diniagakan kepada AS$54.58 setong, naik 0.7 peratus berbanding harga penutup.

Penanda aras minyak Amerika Syarikat itu ditutup 1.7 peratys lebih tinggi pada hari Rabu apabila ia mencecah paras tertinggi sejak 21 November kepada AS$54.93 setong.

Manakala Brent pula naik sebanyak 0.8 peratus kepada AS$62.17 setong.

Kenaikan harga itu berlaku selepas Pentadbir Maklumat Tenaga Amerika Syarikat menunjukkan penurunan bekalan minyak mentah Arab Saudi ke Amerika Syarikat.

“Harga minyak mentah semakin kukuh selepas pengurangan bekalan oleh OPEC memberi kesan kepada dagangan,” kata ANZ Bank.

Laporan itu menunjukkan import minyak Amerika Syarikat dari Arab Saudi susut lebih daripada separuh berbanding minggu sebelumnya kepada 442,000 setong.

Ia merupakan paras kedua terendah mingguan pada tahun 2010. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast