Jepun siasat jualan Uranium dalam Talian di Jepun

TOKYO – Polis Jepun sedang menyiasat bagaimana uranium dimasukan dalam lelongan dalam talian.

Penjual dan beberapa pembida mula pempersoalkan lelongan uranium dalam talian.

Produk itu dibalut dan dibungkus dalam tiub kaca dan ditawarkan sebagai Uranium 99.9 peratus dalam lelongan di Laman Web Yahoo.

Menurut Agensi Berita Kyodo di Jepun, ujian pertama serbuk mengesahkan ia adalah bahan radioaktif.

Lelong dalam talian telah dibawa ke perhatian Lembaga Peraturan Nuklear Jepun pada tahun 2017.

Agensi itu menganggap bahawa bahan itu merupakan serbuk uranium.

Penjualnya mendakwa menjual barang itu dalam talian dari luar Jepun.

Agensi berkenaan menghubungi Yahoo berikutan jualan uranium sebelum lelongan itu dihentikan dan kes dirujuk kepada polis untuk siasatan lanjut.

Masih belum ada pengesahan sama ada barang itu adalah Uranium atau sebaliknya.

Penjualan bahan nuklear dilarang sama sekali di Jepun menurut sebuah akhbar tempatan bahawa ia akan mengundang penjara setahun. – MalaysiaGazette