Unsur dendam jelas membara dalam jiwa pemimpin muda PAn sehingga mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan secara terbuka melalui media sosial. - Gambar Hiasan.
Unsur dendam jelas membara dalam jiwa pemimpin muda PAn sehingga mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan secara terbuka melalui media sosial. - Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin pemuda dari Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan didakwa memberi amaran keras kepada guru di negeri itu agar tidak memfitnah kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui media sosial.

Beliau kononnya meminta sesiapa yang mendapat maklumat mengenai tindakan guru yang mengutuk dan memfitnah kerajaan memaklumkan kepadanya untuk tindakan.

Katanya, pemberi maklumat perlu mengemukakan salinan skrin atau audio sama ada yang terbit dari aplikasi Whasap mahupun media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter kepadanya.

Menurut pemimpin peringkat kawasan itu dalam statusnya, data pemberi maklumat itu akan dirahsiakan

Katanya, beliau tidak memaksa guru hendak menyokong mana-mana parti tetapi asalkan tidak memfitnah kerajaan.

Bagaimanapun, ada warganet yang membalas status itu dengan menyatakan, PH ketika menjadi kerajaan sebelum ini lebih teruk menabur fitnah terhadap kerajaan BN dan UMNO.

Kata Muhamad Hishamudin, PH menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kerana fitnah dan eloklah kerajaan sekarang ‘merasainya’ pula. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast