Penyanyi, Anuar Zain menunjukkan produk terbaharunya Allevier di SifuFBads, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 31 JANUARI 2019.

KUALA LUMPUR – Menjengah usia 49 tahun, Anuar Zain berkata, belum terlambat buat dirinya untuk menceburi dalam bidang perniagaan.

Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini, keputusannya menjadi usahawan produk kecantikan kerana ia sesuai dengan kehidupan sebagai seorang selebriti.

MGF31012019_TEMUBUAL ANUAR ZAIN03
Penyanyi, Anuar Zain menunjukkan produk terbaharunya Allevier di SifuFBads, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 31 JANUARI 2019.

Ujarnya, produk serum dikenali Allevier itu dilancarkan sejak 12 Disember lalu dan telah mendapat maklum balas positif daripada pelanggan.

Ketika ini, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu memberitahu, dia kini sibuk mempromosi produk anti-penuaan yang diasaskan bersama tiga rakan kongsi.

“Ramai yang tahu kehidupan saya sebagai seorang artis amat mementingkan penampilan daripada rambut sampai ke kaki.

“Atas sokongan rakan-rakan, saya memberanikan diri terjun dalam dunia perniagaan produk penjagaan kecantikan wajah di bawah jenama Allevier.

“Produk serum ini menggunakan bahan premium yang kaya dengan vitamin C dan selamat digunakan,” katanya kepada Malaysia Gazette baru-baru ini.

MGF31012019_TEMUBUAL ANUAR ZAIN07
Sesi fotografi bersama penyanyi, Anuar Zain di SifuFBads, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 31 JANUARI 2019.

Anuar turut berkongsi pengalaman sendiri mengunakan serum itu yang mendapat perhatian ramai pihak apabila kulit wajahnya berbeza berbanding sebelum ini.

Jelasnya, penggunaan Allevier juga mudah dan menjimatkan kerana hanya dipakai sebelum tidur, sebelum keluar rumah serta boleh digunakan selama dua bulan.

“Ketika ini, saya hanya memakai serum sahaja untuk ke mana-mana dan hasilnya muka tidak berminyak malah mendapat pujian yang bertanyakan kulit muka yang nampak muda, berseri dan lembut,” katanya.

Anuar turut memberitahu, serum Allevier itu merupakan seratus peratus produk tempatan dengan menggunakan kandungan tanpa bahan kimia.

“Saya tidak nafikan ada yang skeptikal terhadap produk tempatan dan membandingkan dengan produk dari luar negara.

“Namun saya yakin Allevier mampu muncul sebagai produk yang berkualiti setanding produk import. Apatah lagi ciri pembungkusannya sangat unik dan menepati standard produk antarangsa,” katanya tersenyum.

MGF31012019_TEMUBUAL ANUAR ZAIN05
Sesi fotografi bersama penyanyi, Anuar Zain di SifuFBads, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 31 JANUARI 2019.

Anuar turut merancang untuk mengeluarkan rangkaian produk kecantikan lain di bawah jenama Allevier pada masa depan.

Buat masa ini, serum Allevier hanya dijual di Instagram: anuarzain70 dan Alleviermy.

Produk tersebut dijual pada harga RM 100 untuk 30 milimeter.

Beralih kepada karier seni, Anuar berkata, dia telah memperkenalkan video muzik Belahan Hati di YouTube yang menjadi kisah penamat kepada cerita ditampilkan menerusi klip Andainya Takdir dan Cinta Takkan Berakhir. – MalaysiaGazette