TERKINI : PH KEKAL ATAU TIDAK? Pengundi Semenyih Sudah Mula Marah

KUALA LUMPUR – Pengundi di Semenyih kini sedang mempertimbangkan keputusan mereka sama ada mahu mengekalkan wakil rakyat daripada parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mac nanti.

Demikian luahan salah seorang anak jati kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Rabain Ahmad,56.

Rakan-rakannya yang meluahkan rasa tidak puas hati sesama sendiri kata Rabain kesal dan marah kepada kerajaan  apabila bukan sahaja tidak ada perubahan dari aspek kos sara hidup, malah sebaliknya pula yang berlaku kemudian menyusahkan rakyat dengan tidak menunaikan janji-janji pilihan raya umum yang lalu.

“Kalau dengar cerita kawan-kawan ada yang marah dengan kerajaan yang sekarang ini, berjanji tapi tidak dibuat.

“Tapi mereka pun tak pasti lagi (nak buat perubahan). Barang pun naik kalau dulu RM17 sekarang lebih RM20 masa GST pun tak naik macam ni,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Bagi seorang lagi pengundi di kawasan itu, Zainal Arifin wakil rakyat yang akan akan menjadi pilihannya adalah Islam dan Melayu.