Foto Gazeta do Povo

BELO HORIZONTE, Brazil – Angka kematian akibat empangan runtuh di Brumadinho pada 25 Januari terus meningkat kepada 115 orang manakala 248 lagi dilaporkan masih hilang.

The Independet melaporkan, jurucakap pasukan penyelamat berkata, empangan yang diuruskan oleh syarikat perlombongan Vale mungkin memilikii kandungan air yang berlebihan.

Jelasnya, ini kerana kejadian ini sama pernah berlaku dalam tragedi perlombongan kurang daripada empat tahun lalu.

Minggu lalu, insiden di kawasan perlombongan Corrego do Feijao membangkitkan  kemarahan orang ramai terhadap Vale yang juga merupakan pemilik bersama Samarco, empangan yang runtuh sebelum ini.

Kira-kira 2,000 orang berkumpul di Belo Horizonte dalam satu tunjuk perasaan menentang Vale serta menggesa beberapa pegawai kanan syarikat itu dipenjarakan.

Sehingga kini, siasatan mengesahkan kesemua mangsa sama ada maut atau hilang terdiri daripada pekerja perlombongan yang terperangkap di bawah aliran lumpur apabila empangan terbabit runtuh di atas bangunan kafeteria dan pusat pentadbiran.

Setakat ini pihak berkuasa telah membekukan aset syarikat perlombongan gergasi negara itu berjumlah lebih AS$3 bilion (RM12 bilion) untuk pembayaran pampasan, kerosakan dan denda. – MalaysiaGazette