KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) merekodkan jualan melebihi 20,100 kenderaan pada Januari yang mana 1,025 daripadanya adalah kenderaan pelbagai guna suka (SUV), Aruz.

Pengarah Urusan, Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 13.6 peratus berbanding 17,700 setahun lalu.

“Aruz telah menerima 8,000 tempahan setakat ini manakala model-model kami yang lain juga merekodkan prestasi memberangsangkan dengan lebih 19,000 kenderaan telah didaftarkan pada Janurari.

“Walaupun terdapat kelewatan dalam pendaftaran Aruz, kami berjaya memaksimumkan penghantaran Aruz meskipun pada waktu malam kerana mahu mengejar cuti Tahun Baharu Cina,” katanya.

Tambah Zahari, permintaan tinggi untuk Aruz menyebabkan waktu menunggu lebih lama terutama bagi varian Advance Version (AV) yang berharga RM77,900 tanpa insurans berbanding Varian X yang berharga RM72,900 tanpa insurans.

Katanya tempahan semasa bagi Aruz varian AV adalah 85 peratus manakala varian X adalah 15 baki peratus.-MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast