Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Jangan rasa selesa dengan ramalan populariti Pakatan Harapan (PH) diramalkan menurun dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, ahli UMNO di semua peringkat perlu diingatkan mengenai ramalan Firma penyelidikan Fitch Solutions Macro Research itu.

Katanya, dalam keadaan apapun, UMNO mesti terus diperkukuhkan.

“Kita semua mesti terus bekerja dan berusaha memulih serta memperkasakan UMNO.

“Sasaran kita adalah untuk kembali berkuasa dengan memenangi pilihanraya,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Anuar berkata, UMNO mesti kuat dan tidak boleh dengan hanya bergantung kepada kelemahan PH sahaja apatah lagi dipengaruhi pelbagai ramalan.

“Kita juga mesti terus meyakinkan rakyat bahawa UMNO mampu untuk melaksanakan dasar yang terbaik pada rakyat jika diberikan semula kuasa.

“Kita mesti terus berjuang membela dan menyuarakan isu dan masalah rakyat yang ketika ini tertekan dengan kegagalan Kerajaan PH membela rakyat.

“Kita tahu bahawa ketika ini rakyat kecewa dengan Kerajaan PH yang gagal membawa pembaharuan kononnya melalui pendekatan Malaysia Baru mereka.”

Jadi tegasnya, jentera parti mesti mengubati kekecewaan rakyat dengan membela mereka.

“Saya yakin jika terus bersatupadu. UMNO terus berjuang dan membela rakyat. Percayalah rakyat akan bersama kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Keep your political stamina all the way to 2022/3. Let hope you confident is intact after The Kleptomaniac Mayhem are made known in Courts.

    The Rakyat are waiting.

Comments are closed.