KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengunjungi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menjalani pembedahan di hospital.

Kunjungan baginda dimaklumkan anak perempuan Azmin Farah Amira menerusi ciapan di Twitter.

“Sesungguhnya, kepedulian dan kasih yang dizahirkan Tuanku adalah kekuatan diri Abah @AzminAli untuk kembali sihat dan berkhidmat demi rakyat dan negara,” demikian kata Farah.

Menerusi foto yang dimuat naik di laman sosial berkenaan, baginda turut diberikan taklimat mengenai perkembangan Azmin daripada seorang lelaki dipercayai doktor yang merawat Ahli Parlimen Gombak itu.

Terdahulu, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali turut melawat Azmin yang ditemani isterinya Datin Seri Shamsida Taharin. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: 

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/04/siti-hasmah-lawat-azmin-di-hospital/