GEORGETOWN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu (W1) Batu Uban, Pulau Pinang merampas 8.5 tan daun rokok daun seberat dalam sebuah kapal dagang di perairan Weld Quay 5 petang semalam.

Daun nipah bernilai RM60,000 ditahan pihak berkuasa bersama-sama kapal yang dinaiki warga Indonesia dipercayai sedang cuba menyeludupnya masuk.

Pemangku Komander PPM W1, Superintendan Dimin Awang berkata, semua daun nipah berkenaan diletakkan di dalam guni dan ditudung dengan kanvas.

“Mereka tidak mempunyai dokumen dan dipercayai menunggu ejen bagi tujuan menjual daun nipah berkenaan.

“Semua suspek ditahan manakala barang rampasan dibawa ke Pengkalan PPM Batu Uban bagi tindakan selanjutnya,” katanya dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, semua warga Indonesia berumur 30 hingga 55 tahun yang berlayar dari Pengkalan Dodek itu mempunyai dokumen perjalanan namun gagal menunjukkan dokumen atau permit import daripada pihak pertanian dan kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Beliau berkata, keseluruhan rampasan kapal dan barang dianggar bernilai RM350,000.-MalaysiaGazette