TERKINI : Tan Sri Tanya Pada Lawan UMNO Tak Eloklah – Jawapan Tok Mat Gegarkan Penonton

SHAH ALAM – Datuk Seri Mohamad Hassan memperbetul tanggapan moderator forum bual bicara, Tan Sri Johan Jaafar berhubung langkah UMNO yang dikatakan hanya untuk mengekal bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, tidak sesuai mendapatkan pandangan mengenai UMNO daripada parti lawan kerana jawapan yang akan diberikan mestilah tidak elok.

“Macam nilah Tan Sri. Bak kata orang tua-tua.

Nak tahu panjang, berlikunya sungai, tanya pada seluang. Dalamnya lubuk, tanya memerang.

“Nak tahu lebarnya padang, tanya pada belalang. Nak tahu tebalnya hutan, tanya pak belang.

Nak tahu eloknya orang, tanya pada kawan. Nak tahu tak eloknya orang, tanya pada lawan.

“Tan Sri tanya (berkenaan UMNO) kepada lawan, tak elok lah jawabnya,” katanya seraya hadirin ketawa mendengar jawapan itu.