Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –¬†Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 10.30 pagi ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.

“Kita menjangkakan aliran trafik tinggi pada sebelah petang ini serta mulai esok dan Ahad, kerana orang ramai mula pulang dari kampung selepas cuti untuk kembali bekerja, ” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 juga dilapor lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. РMalaysiaGazette