KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin DAP diminta turut cermin diri sendiri berhubung kontroversi ‘kilang ijazah’ yang kini hebat diperkatakan selepas isu itu terpalit pada Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Marzuki Yahya.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, DAP juga perlu sedar kerana Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh, Paul Yong Choo Kiong disyaki memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Akamai, Amerika Syarikat yang turut diragui.

bogus2

Presiden MCA itu mengingatkan semula bahawa Lim Kit Siang sendiri pernah melabelkan Universiti Akamai di Hawaii, Amerika Syarikat adalah kilang ijazah palsu semasa di sidang Parlimen pada tahun 2005. (http://www.limkitsiang.com/archive/2005/jul05/lks3593.htm
http://www.suaraperak.com/lima-portfolio-saya-yakin-boleh-…/)

Katanya, tidak lama kemudian Lembaga Akreditasi Negara telah memaklumkan Universiti Akamai sebagai “universiti lain yang diragui sedang diselidiki oleh pihak berkuasa”.

“Adakah Lim dan partinya mahu terus mempertahankan Paul Yong pada standard yang sama dengan Marzuki dan ahli politik yang lain dan meminta dia melepaskan jawatan?

“Bolehkah kita mengharapkan Paul Yong diganti seperti orang lain juga sekiranya mereka didapati mempunyai kelayakan akademik yang meragukan?,” soalnya.

Ka Siong turut membidas kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming yang cuba meredakan isu berkenaan dengan menyatakan: “Anda tidak perlu ijazah akademik untuik menjadi ahli politik yang efektif”

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, Kian Ming jangan lupa bahawa beliau pun pernah mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Razak yang melantik dua menteri yang didakwa memiliki ijazah palsu. (https://ongkianming.com/…/media-statement-is-this-transfor…/) – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Isu ijazah University of Cambridge, kenapa Kian Ming senyap