TERKIINI : DBKL Jimat RM60 Juta – Menteri Wilayah Persekutuan

SERDANG – Kementerian Wilayah Persekutuan menjangkakan penjimatan sehingga RM60 juta bagi kos pengurusan sisa pepejal dan sampah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjelang akhir tahun ini.

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, jumlah itu dapat dikurangkan sekiranya warga ibu kota dapat mengurangkan penjanaan sampah yang kini mencecah 2,500 tan metrik sehari.

“Ianya merupakan satu jumlah yang tetap besar dan kita nak tentukan bahawa masalah penjanaan sampah ini dapat dikurangkan dalam kalangan rakyat Malaysia, ini kesedaran kita bersama.

“Insya-Allah kita akan dapat dikurangkan (sampah) sekiranya jumlah penjanaan sampah itu juga pun dapat dikurangkan.

“Sekarang RM260 juta (kos pengurusan sampah dan sisa pepejal) kalau kita dapat kurangkan penjanaan sampah itu, maka mungkin kita dapat jimatkan RM60 juta dan dana ini dapat kita gunakan untuk infrastuktur dan perkhidmatan lain,” katanya pada sidang media selepas Kempen Anti ‘Litter Give Your Litter A Lift Home’ di Stesen Petronas Solaris Putra, di sini, hari ini.