Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengipas peserta Din Ride yang terbaring akibat kekajangan otot kepenatan.

SEMENYIH – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membantu peserta wanita Fun Ride yang kepenatan dan mengalami kekejangan otot sewaktu acara berbasikal diadakan di sekitar Semenyih pagi ini.

Syed Saddiq yang memulakan aktiviti berbasikal selepas senamrobik bersama lebih 80 peserta dijadualkan menyusuri Kampung Rinching Tengah, Kampung Sesapan Kelubi, Kampung Jalan 6 Kaki, Kampung Sesapan Minangkabau dan Kampung Sesapan Batu Rembau pagi ini.

Ketika dalam perjalanan selepas melawat 2 rumah penduduk kampung Rinching Tengah, beliau mendapati salah seorang peserta wanita berhenti di tepi jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Rinching akibat kekejangan otot kaki dan kepenatan.

Syed Saddiq bèrhenti selepas melihat apa yang terjadi sebelum mendampingi peserta yang diberi bantuan rawatan asas oleh pasukannya yang turut mengikuti kumpulan peserta Fun Ride berbasikal itu.

Peserta wanita itu kemudian dibawa ke klinik kawasan berhampiran dengan sebuah van.

Syed Saddiq dan peserta lain kemudian meneruskan aktiviti berbasikal Fun Ride itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast