TERKINI : “Pengganti KPN (PDRM), TKPN Akan Diputuskan” – Muhyiddin Yassin

SEMENYIH – Keputusan untuk mencari pengganti bagi jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara akan diketahui dalam masa terdekat kerana perkara itun akan dibincang terlebih dahulu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada masa ini belum ada lagi senarai nama untuk dijadikan pengganti bagi kedua-dua jawatan penting dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).