KUALA LUMPUR – Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta berkongsi azab yang bakal diterima mereka yang sering mengambil mudah mengenai isu menutup aurat.
Menerusi status di Instagram miliknya, nasihat daripada Ustaz Hadi Fayyad itu ditujukan kepada orang ramai yang masih tidak peka terhadap cara menutup aurat dengan sempurna.
“Balasan wanita yang membuka rambutnya kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya berterusan selama ia tidak menutupnya.
“Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung di atas apa neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungannya.
“Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang. pedihnya tidak terkira,” tulisnya.
Sejak kebelakangan ini, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu sering menggayakan pakaian yang agak longgar di media sosialnya. – MalaysiaGazette