Foto Agensi.

LONDON – Nantes muncul beraksi buat pertama kali selepas bekas penyerangnya, Emiliano Sala disahkan meninggal dunia tiga hari lalu.

Pemain memakai jersi hitam dengan nama Sala di belakang baju sebagai penghormatan kepada pemain antarabangsa Argentina itu.

Suasana menjadi emosi apabila penyokong menyanyi sambil menyebut nama Sala.

Kira-kira 37,000 penonton menyaksikan perlawanan Nantes bertemu  Nimes di Stadium Stade de la Beaujoire semalam.

skynews-nantes-tribute-emiliano-sala_4573810
Foto Irish Mirror

Sebelum permainan bermula, satu kain rentang gergasi dibentangkan di tengah padang yang memaparkan wajah Sala.

Sementara itu, skrin gergasi di stadium turut menayangkan semua 48 gol yang dijaringkan Sala menerusi 133 kemunculannya buat kelab itu.

Pada 21 Januari lalu, pesawat dinaiki Sala dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan dari Nantes menuju ke Cardiff.

Pesawat ketika itu meminta kebenaran untuk mendarat sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan udara.

Cardiff mengikat Sala dengan rekod perpindahan kelab bernilai 15 juta pound sterling dan dia sepatutnya berlatih bersama pasukan baharunya itu bulan lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast