Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi. foto Agensi

BANGKOK – Panel pilihan raya Thailand telah menolak pencalonan kakak Raja Thailand untuk bertanding bagi merebut jawatan perdana menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengeluarkan senarai rasmi calon-calon tanpa nama Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi, 67.

Senarai itu mengecualikan nama Puteri Ubolratana kerana setiap ahli keluarga diraja perlu melepasi politik dan bebas politik, kata kenyataan panel itu.

Sebelum ini, Puteri Ubolratana telah menerima pencalonan dari Parti Thai Raksa Chart.

Pilihan raya Thailand dijadual berlangsung pada 24 Mac ini – pilihan raya kali pertama sejak tentera merampas kuasa pada tahun 2014. – MalaysiaGazette