Kebocoran bahan kimia jenis ‘Ethylene Chloride’ dikesan di luar sebuah kilang di Kampung Sungai Lalang dekat Semenyih malam tadi.

KUALA LUMPUR – Kebocoran bahan kimia jenis ‘Ethylene Chloride’ dikesan di luar sebuah kilang di Kampung Sungai Lalang dekat Semenyih malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih Zainal Elias Abdul Aziz berkata pihaknya menggerakkan lapan pegawai dan anggotanya termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Shah Alam bersama dua jentera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 10 malam.

“Sebaik tiba, kami mendapati kira-kira 50 tong mengandungi bahan kimia itu diletakkan di luar sebuah kilang berhampiran kawasan lapang di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, kami mendapati 10 tong daripada tong terbabit mengalami kebocoran menyebabkan bahan kimia itu tumpah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya bersama unit Hazmat sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi berkenaan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast