Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berucap pada Majlis Pelancaran The Exchange, TRX di Hotel The Ritz Carlton, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR- Malaysia akan menerbitkan bon Samurai bernilai 200 bilion bulan depan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Saya baru sahaja pulang dari Jepun untuk memuktamadkan penerbitan bon berkenaan.

“Kadar kuponnya mungkin tidak melebihi 0.65 peratus,” katanya ketika melancarkan The Exchange TRX di sini hari ini.

Mahathir pada tahun lalu berkata, tawaran jaminan penerbitan bon Samurai oleh kerajaan Jepun akan memberi banyak faedah kepada negara terutama dalam mengurangkan beban kewangan dan dalam soal pembangunan.

Katanya, bon termurah dengan kadar faedah hanya 0.65 peratus adalah lebih baik berbanding hutang lama yang terpaksa ditanggung dengan faedah sehingga tujuh peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast