KUALA LUMPUR – Pelakon Nabila Huda dihentam oleh netizen gara-gara memuat naik status mahu orang ramai berhenti menyebut perkataan ‘bossku’ dan ‘malu apa bossku’ di Insta story Instagram (IG) miliknya.
Ia menyebabkan netizen meluahkan rasa marah dan kesal kerana Nabila seperti menghina orang Sabah.
Mereka memberitahu ayat berkenaan sudah lama digunakan di Sabah dan baru kini popular di Semenanjung Malaysia.
“Ya Allah, apa ni saya bukan kutuk orang Sabah la. Apa ni kena bebel pulak. Orang kat KL (Kuala Lumpur) ni pakai ayat tu yang bunyi ‘annoying’ gila.
“Semua benda guna ayat tu, sumpah saya sendiri tak tahu ayat tu dah lama dari Sabah. Relaks, saya tak kutuk pun orang Sabah,” tulisnya.
Namun begitu, komen balas Nabila tidak melegakan hati netizen sebaliknya ramai yang meninggalkan komen negatif sehingga mahu memboikot Nabila pula.
Terdahulu, Nabila memuat naik status berkenaan dalam nada berseloroh kerana baginya perkataan itu kurang senang didengari.
Baginya, perkataan berkenaan sama seperti orang menyebut perkataan ‘retis’.