TERKINI : Bangunan Usang MARA Berwajah Baharu – Rina Harun

SEMENYIH – Bangunan-bangunan dan premis premis lama milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan dirobohkan dan dibina berwajah serba baharu untuk menyediakan ruang perniagaan yang kondusif untuk usahawan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kebanyakan bangunan dan premis dibawah Mara sudah berusia lebih 30 tahun dan memerlukan sentuhan berwajah baharu mengikut perubahan masa semasa.

Katanya mara giat menjalankan transformasi Premis Luar Bandar di premis-premis lama yang bertujuan menyediakan ruang niaga yang selesa dan serba baharu.

“Dibawah usaha ini tiga pendekatan diberi fokus oleh Mara iaitu membina bangunan baharu di atas tanah milik MARA sedua ada, kedua merobohkan bangunan lama dan usang itu dan membina semula bangunan baharu di tapak asal dan ketiga memberi imej baharu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast