Iklan tender jual dua bangunan milik TM di Jalan Pantai. foto FB Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kakitangan Telekom Malaysia (TM) mendakwa sedih kerana dua bangunan milik syarikat telekomunikasi miliknya akan dijual.

Dua bangunan itu adalah TM Annex 1 Tower dan TM Annex 2 Tower.

Kedua-dua bangunan itu terletak berhampiran dengan Menara TM di Jalan Pantai.

Kesedihan kakitangan TM dikongsikan kepada Datuk Seri Najib Razak melalui satu surat, yang kemudiannya dipaparkan dalam Facebook milik bekas Perdana Menteri itu.

Dalam surat tersebut, kakitangan TM itu mendakwa mereka terkejut dengan iklan penjualan bangunan berkenaan yang dikeluarkan melalui akbar NST.

“Saya merupakan staff Telekom Malaysia Berhad (TM) dan kesempatan ini ingin saya luahkam mengenai kedudukan kewangan TM ketika ini agak menyedihkan kerana polisi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang melaksanakan manifesto “Penurunan Harga Jalur Lebar” secara mendadak.

“Hari ini, kami staff TM dikejutkan dengan iklan penjualan dua buah bangunan utama milik TM,” luah kakitangan TM dalam surat berkenaan.

Menurut surat itu, TM telah mencapai kejayaan yang amat cemerlang di zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sehinggakan kakitangan TM dapat menumpang kemewahan di sebalik kecemerlangan TM selama sembilan tahun di bawah pentadbiran Najib.

Kata mereka, projek Unifi yang dilancarkan oleh TM dan kerajaan pada tahun 2008 telah memberi peluang pekerjaan kepada Bumiputera/Melayu Islam yang merupakan 90 peratus kakitangan entiti itu.

Bagaimanapun, katanya, ramai pekerja TM termakan fitnah yang dilontarkan oleh Pakatan Harapan sehinggakan hampir 80 peratus pekerja TM menyokong gabungan itu.

“Saya masih ingat lagi, bagaimana sambutan dingin oleh pekerja TM semasa lawatan kerja DS Najib ke Menara TM pada 25 September 2017. Sungguh menyedihkan,” tambahnya.

Penulis surat itu mendakwa kedudukan kewangan TM ketika ini agak menyedihkan kerana polisi kerajaan (PH) yang melaksanakan manifesto “penurunan harga jalur lebar” secara mendadak.

Najib yang memberi respons kepada surat berkenaan bertanya apakah yang sedang berlaku kepada syarikat-syarikat milik kerajaan apabila satu demi satu dipecah dan ditumbangkan.

Dakwa Najib, beliau meninggalkan negara dengan ekonomi dan kewangan yang kukuh tetapi semuanya merudum selepas sembilan bulan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jgn bohong ,awak tinggalkan msiadgn hutang negarabergunong ganang hampur bankrap oleh scandal 1 mdb SRC international Dan ,lain lain lg kes Oleh menteri menteri kanan kamu.Hal TM kecil,saja kalu dibandungkan dgn hutang negara yg kau longgokkan. Ekonomi .Negara akan pulih semulabila suit,curi yg dibekukan Oleh mahkamah bakal digunakan kelak untukxbyr blk hutang negara Dan pulihksn ekononi semula!

Comments are closed.