Home Seni Hidup Bekas isteri pertama Ude Wahid sudah ada pengganti

Bekas isteri pertama Ude Wahid sudah ada pengganti

BANGI – Bekas isteri pertama Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh mengaku kini sedang menjalani fasa baharu dalam hidupnya selepas bercerai Mac tahun lalu.

Malah Intan yang merupakan bekas madu Izreen Azminda itu mendedahkan kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka.

Mengaku takut hatinya terluka kali kedua, Intan kini lebih berhati-hati dalam mengenali orang baharu dalam hidupnya.

Tidak memilih, namun apa yang penting Intan memerlukan seseorang yang menerimanya dan dua anak lelakinya seadanya.

“Sekarang baru mengenali hati budi, kenal-kenal. Takut memang takut, takut kena lagi kali kedua ni kita takut lagi sakit jadi Intan berhati-hati dan tidak bagi hati sepenuhnya maksudnya ikut sahaja masa apa yang akan berlaku.

“Tidak ada memilih, jodoh Tuhan yang tentukan Intan ikut sahaja mana yang Intan kenal cuba terima.

“Nak kata fobia tidak manusia semua ada perangai, Intan pun tidak memilih yang penting terima Intan, terima anak-anak boleh bimbing Intan kepada lebih baik,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Intan ditemui di kilang FRDA By FAREEDA yang hadir di majlis sidang media penjenamaan semula pengeluar tudung itu.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1 namun bercerai selepas beberapa waktu sempat bermadu dengan pelakon wanita Izreen Azminda. -MalaysiaGazette