Osman Sapian
Menteri Besar Johor, Osman Sapian. foto IQBAL BASRI, 11 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengakui pernah menuntut  di Kolej Pertanian Malaya yang kini dikenali Universiti Pertanian Malaysia (UPM), namun tidak menamatkan pengajian.

Katanya, kemunculan maklumat di beberapa laman web yang menyatakan beliau berkelulusan Diploma dan Ijazah Perakaunan daripada UPM adalah di luar pengetahuannya.

“Oleh itu, saya dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap kekeliruan dan salah faham berhubung kelayakan akademik saya,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).

Atas rasa tanggungjawab, Osman mengarahkan semua maklumat berkaitan kelulusan Diploma dan Ijazah Perakaunan daripada UPM diturunkan (dipadam) serta merta daripada mana-mana laman web rasmi.

Beliau juga berharap isu tersebut tidak diperbesarkan lagi mana-mana pihak.  – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: 

Selepas Marzuki, kini MB Johor pula didakwa ‘miliki’ ijazah palsu

MB Johor sila tunjuk bukti, kalau tidak letak jawatan

Isu sijil palsu: Sebaiknya MB Johor jelaskan – PKR negeri

MB Johor bazirkan duit rakyat untuk ‘YB palsu’?