Kok Seong
Dr. Teo Kok Seong

KUALA LUMPUR – Populariti Datuk Seri Najib Razak di media sosial malah bukan hanya membantu dirinya malah turut memberi impak positif kepada Barisan Nasional (BN).

Bekas Perdana Menteri itu dilihat bijak menggunakan kesempatan dalam peluang dan situasi terkini apabila rakyat berada dalam mood mula tidak berpuas hati dengan Pakatan Harapan yang tidak menunjukkan prestasi baik khususnya dari aspek menunaikan janji-janji mereka sebelum ini.

Sambutan dan respon terhadapnya menurut Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Datuk Prof. Dr Teo Kok Seong tidak menunjukkan Najib syok sendiri.

Malah Najib ada strategi dan bakal memberi kesan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih 2 Mac nanti.

“Saya rasa ia membantu BN sebab beliau ada pengalaman yang cukup luas dan baik seorang ahli politik pengalaman yang lama.

“Skandal yang beliau hadapi pun belum dibicarakan sehingga itu tiada hukuman beliau dianggap tidak bersalah lagi, dengan macam kegagalan kerajaan sekarang ini memenuhi banyak janji, beliau bijak menggunakan kesempatan ini untuk meraih sokongan saya kira kepada beliau sendiri juga dan sudah tentu kepada parti BN.

“Pakatan Harapan pun tidak berapa senang dengan tahap populariti mantan Perdana Menteri sekarang, beliau mendapat sambutan yang boleh dikatakan hebat juga,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Tambah Kok Seong, ‘gerakan’ Najib bermula dengan niatnya untuk memperbaiki imejnya yang tercalar akibat skandal yang kini menjadi kes mahkamah namun dalam masa ‘troll’ yang digunakannya turut mendapat tempias yang bermanfaat untuk BN.

“Tak ada syok sendiri, beliau (Najib) mahu membantu BN parti sebab ada peluang juga dengan kemembangan di Cameron Highlands dengan rakyat tidak begitu senang dengan prestasi kerajaan sekarang ini.

MGF13022019_NAJIB BELI BELAH TESCO03
Orang ramai mengambil peluang berswafoto bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang singgah untuk membeli barangan basah di Tesco Semenyih, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 FEBRUARI 2019.
MGF13022019_NAJIB RAZAK MEMBELI BARANG DI TESCO01
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berswafoto bersama anak muda tempatan semasa singgah untuk membeli barangan basah di Tesco Semenyih, Selangor. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 13 FEBRUARI 2019

“Beliau sudah tentu menggunakan kesempatan ini untuk diri beliau selain parti yang tercalar imejnya sekarang dengan adanya kempen #maluapabossku nampak di situlah macam cuba buat ‘comeback’ walaupun bukan diri sendiri,” ujarnya.

Beberapa waktu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, Najib menggunakan media sosial untuk ‘troll’ Pakatan Harapan dengan fakta-faktanya khusus bersabit kenyataan kerajaan yang sering berubah-ubah dan manifesto yang sehingga kini belum tertunai.

Najib juga giat turun padang, berjumpa dengan rakyat pelbagai lapisan masyarakat.

Walaupun ada pimpinan Pakatan Harapan menyindir Najib yang kini terlihat seperti pelawak dan tidak tahu malu namun bekas Presiden BN itu tidak mengendahkan kritikan kepadanya bahkan terus aktif, malah popularitinya yang meningkat diakui sebelum ini oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast