Calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi (kanan) bergambar bersama calon Pakatan Harapan PRK N.24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali (dua kanan), Calon Bebas PRK N.24 Semenyih, Kuan Chee Heng (dua kiri) dan Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) PRK N.24 Semenyih, Nik Aziz (kiri) pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih 2019 di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 16 FEBRUARI 2019

KAJANG – Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih pada 2 Mac ini bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Pakatan Harapan,Barisan Nasional,PSM dan Bebas.

Calon PH dari PPBM Muhammad Aiman Zainali ,30 yang merupakan menantu allahyarham Ahmad Bakhtiar Mohd Nor , 57, akan berdepan cabaran BN diwakili Zakaria Hanafi,58, calon muda dari PSM Nik Aziz Afiq Abdul,25, dan calon bebas Kuan Chee Heng atau Uncle Potato.

Pegawai Pengurus SPR PRK, Datuk Mohd Sayuthi Bakar mengumumkan keputusan calon bertanding PRK pada pukul 10.22 pagi tadi.

Muhammad Aiman menyerahkan kertas pencalonan tepat 9.03 pagi diikuti Zakaria 9.05 pagi , Nik Aziz 9.10 pagi , dan Chee Heng pukul 9.15 pagi tadi.

Katanya, semua calon layak bertanding dan tiada kertas pencalonan yang ditolak setelah disemak teliti.

“Saya berpuas hati setelah menyemak kertas kertas calon dan tidak ada yang ditolak.

“Atas kertas undi BN nombor satu diikuti PH dan Chee Heng dan calon PSM,” katanya.

PRK DUN Semenyih diadakan selepas penyandangnya Ahmad Bakhiar Mohd Nor dari PPBM meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11Januari lalu.

Beliau telah memenangi kerusi itu dengan majoriti 8,964 undi menewaskan calon BN, Pas dan PSM pada PRU 14 lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast