AURORA, Illinois – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh apabila seorang lelaki bersejata melepaskan tembakan ke arah rakan sekerjanya di sebuah kemudahan keluli di Aurora, Illinois.
Dalam kejadian itu, lima anggota polis mengalami kecederaan, lapor RT.
Suspek disahkan meninggal dunia sebaik sahaja ditangkap
Polis Aurora bertindak terhadap laporan terdapat tembakan pada pukul 2 petang waktu tempatan.
Lelaki bersenjata itu ditahan pada pukul 3 petang, lapor majlis perbandatan itu menerusi akaun Twitter.
Polis mengesahkan kesemua lima pekerja terbunuh selepas lelaki bersenjata, dikenali Gary Martin berusia 45 tahun, melepaskan tembakan secara rambang dalam kemudahan tersebut.
Lima anggota polis yang terlibat dalam insiden itu cedera, termasuk dua orang yang terpaksa diterbangkan ke hospital.
Martin ditangkap polis namun meninggal dunia dunia selepas itu. – Agensi