Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk pada Program Jom Santai Bersama #Bossku sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Flat Bandar Tasek Kesuma, Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 17 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Nampaknya kehadiran Datuk Seri Najib Razak di Flat Baiduri Bandar Tasek Kesuma di sini malam ini ternyata mendapat sambutan berbanding program anjuran Pakatan Harapan (PH).

Belum lagi bekas perdana menteri itu muncul – ratusan penduduk flat terbabit sudah berkumpul menantikan kehadiran Najib yang sinonim dengan tagline ‘Apa Malu Bossku’ itu.

Mereka berkumpul beramai-ramai dan membanjiri kedai makan di kawasan flat berkenaan sejak pukul 7 malam lagi.

Keadaan berbeza dilihat di tapak program ‘Pentas Anak Muda PH’ yang terletak kira-kira 200 meter daripada program Najib yang kurang mendapat sambutan.

Selain Najib, program sempena kempen Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih itu turut dihadiri bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Razali pada PRU-14 tewas di tangan Ketua Pemuda PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Najib tiba jam 9.30 malam dengan sambutan laungan ‘Malu Apa Bossku’ oleh para penyokongnya.

Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi.

Seperti biasa, ramai di kalangan pengunjung program yang sama turut mengambil kesempatan untuk berswafoto dengan Najib termasuk kanak-kanak dan warga emas. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast