KUALA LUMPUR – Lawatan teknikal ke Tun Razak Exchange (TRX) merupakan salah satu program yang akan diadakan sempena Forum Bandar Malaysia (MUF) 2019.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah menerusi ucapannya.
Katanya, lawatan itu salah satu antara enam lagi slot program yang akan berlangsung selama dua hari bermula Isnin ini selain perbincangan meja bulat di antara pihak berkepentingan tentang mempersiapkan suasana perbandaran yang mapan dari semua aspek.
“Selain ada pameran daripada pelbagai kementerian, agensi dan NGO, akan diadakan lawatan teknikal ke Bukit Bintang dan TRX, untuk menunjukkan inisiati tempatan,” katanya ketika berucap di majlis perasmian MUF 2019 di Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Beliau walaubagaimanapun tidak memaklumkan secara spesifik masa lawatan itu akan berlangsung.
Terdahulu Raja Kamarul berkata, Malaysia adalah kedua tertinggi selepas Singapura yang merekodkan 76 peratus penduduk tinggal di kawasan bandar.
“Selepas lebih 2 dekad, sekarang rakyat Malaysia sekarang menetap di 370 bandar. Ini sudah tentu meningkatkan cabaran untuk KPKT untuk seiringkan kemudahan,” katanya.
MUF anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatandisertai kira-kira 8,000 pihak yang berkepentingan termasuklah agensi dan NGO.
Sebanyak 50 pameran berkenaan perbandaran berlangsung selama dua hari ini.
15 Febuari yang lalu Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata TRX kini adalah projek bebas rasuah yang mendapat kepercayaan pelabur di dalam dan luar negara.
Ini dibuktikan dengan pelaburan RM2.15 Bilion menerusi syarikat usaha sama Lendlease, syarikat pemaju dari Australia, dan TRX City Sdn. Bhd., katanya.
Susulan pengumuman itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan menyindir Guan Eng apabila mengingatkan kembali pendirian Pakatan Harapan sebelum ini projek TRX membazir namun berbeza kini menganggapnya aset negara. -MalaysiaGazette