Bursa Malaysia ringgit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Saham di Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka lebih tinggi hari ini, selepas sentimen pasaran dipacu oleh ekuiti serantau yang lebih positif.

Pada jam 9.16 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,694.87 mata, naik 2.13 mata daripada penutup semalam iaitu 1,692.74.

Indeks dibuka 1.29 mata lebih kukuh kepada 1,694.03.

Di peringkat serantau, indeks Straits Times Singapura naik 0.09 peratus kepada 3,268.82, Indeks Komposit Jakarta menokok 1.70 peratus kepada 6,497.81 dan Indeks Hang Seng Hong Kong menambah 1.60 peratus kepada 28,347.01.

dalam nota penyelidikan, Public Investment Bank Bhd, berkata FBM KLCI dijangka meneruskan trend positif hari ini selepas pasaran ekuiti serantau memulakan minggu dagangan dengan kenaikan kukuh, didorong oleh penutupan kukuh di Wall Street pada Jumaat.

“saham di seluruh Asia Pasifik memulakan dagangan lebih baik selepas menyusut pada Jumaat dengan keyakinan perang dagang ke atas pasaran Wall Street dalam tempoh interim yang disalurkan ke pasaran serantau,” katanya.

Sementara itu, pasaran Wall Street ditutup semalam sempena cuti umum menghormati George Washington, presiden pertama Amerika Syarikat (AS).

Dikalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM9.49, Public Bank tidak berubah kepada RM25, Tenaga menyusut dua sen kepada RM12.98 da Petronas Chemicals menambah 16 sen kepada RM8.73.

Di kaunter aktif, EA Holdings dan TRC Synergy, masing-masing meningkat satu sen kepada 2.5 sen dan 58.5 sen, manakala Bumi Armada susut setengah sen kepada 22 sen.

Indeks FBM Emas menokok 15.56 mata kepada 11,796.27, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 22.19 mata kepada 11,725.91 dan FBMT 100 menambah 15.34 mata kepada 11,657.29.

Indeks FBM Ace Index 18.28 mata lebih tinggi kepada 4,672.46 dan FBM 70 menokok 21.47 mata kepada 14,093.43.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 17.50 mata kepada 17,670.35, Indeks Perladangan susut 8.03 mata kepada 7,317.88 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan 1.06 mata lebih tinggi kepada 164.63.

Pasaran berada pada jajaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi dengan 155 berbalas 123, sementara 240 kaunter tidak berubah, 1,336 tidak didagangkan dan 20 lagi digantung.

Jumlah pasaran berada pada 220.83 juta saham bernilai RM87.96 juta. – MalaysiaGazette