Kim Jong-un. Foto Agensi

HANOI – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un akan tiba di Vietnam pada Isnin depan, menjelang sidang kemuncak kali kedua dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Trump dan Jong-un dijangka bertemu di Hanoi pada hari Rabu dan Khamis depan selepas pertemuan bersejarah kali pertama mereka pada bulan Jun lalu di Singapura.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo berkata, Washington seboleh-bolehnya mahu menyelesaikan rundingan penamatan penggunaan senjata nuklear di Semenanjung Korea dalam pertemuan tersebut.

Jong-un akan bertemu dengan pegawai-pegawai Vietnam ketika tiba di Hanoi, kata sumber.

Beliau juga akan melawat pangkalan pembuatan Vietnam Bac Ninh dan bandar pelabuhan perindustrian Hai Phong.

Presiden Vietnam dan Setiausaha parti Parti Komunis, Nguyen Phu Trong, akan bertemu dengan Jong-un

Katanya, pembantu pemimpin tertinggi Pyongyang, Kim Chang-son sudah berada di Hanoi pada hari Sabtu untuk melawat rumah tetamu kerajaan dan Metropole dan Hotel Melia di tengah-tengah bandar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast