Penerbangan terus yang dilancarkan oleh syarikat penerbangan Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani, Thailand ke Kota Bharu bakal menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan.
Dilaporkan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrida dijangka memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.-Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR – Malindo Air memperkenal peruntukan baharu berat bagasi, 15 kg dan 30 kg masing-masing bagi penumpang kelas ekonomi menerusi opsyen tambang ‘Nilai dan Fleksi’, daripada 25 kg sebelum ini.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, pelarasan itu berkuatkuasa pada 15 Feb, 2019.

Peruntukan bagasi bagi kelas perniagaan dan penerbangan ATR masing-masing kekal pada 40 kg dan 15 kg.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata, pelarasan itu dibuat selaras dengan perubahan dalam industri serta permintaan penumpang.

“Opsyen ini membolehkan penumpang yang mementingkan kos memperoleh tambang udara yang lebih kompetitif dan memenuhi keperluan mereka.

“Kami mahu produk kami relevan kepada pasaran dan menawarkan pengalaman penerbangan yang lebih baik kepada penumpang kami,” katanya.

Beliau berkata, penumpang yang sudah menempah sebelum dan pada tarikh perjalanan pada 15 Feb, dibenarkan untuk membawa bagasi dengan muatan asal seperti yang dinyatakan dalam jadual penerbangan.

Penumpang juga boleh menambah nilai peruntukan bagasi semasa proses tempahan, menerusi “Manage My Booking”, pejabat tiket Malindo Air, pusat perkhidmatan pelanggan dan egen perjalanan terpilih. – MalaysiaGazette