Husam Musa
Husam Musa

KOTA BHARU – Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Senator Datuk Husam Musa hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kelantan di sini, malam tadi dipercayai untuk memberikan keterangan berhubung dana RM90 juta daripada UMNO kepada PAS.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) tiba di pejabat SPRM itu pada pukul 9.25 malam dengan sebuah kenderaan pelbagai guna yang dipandu salah seorang pegawainya.

Husam sebelum ini pernah mendakwa PAS menerima dana berkenaan daripada UMNO yang dikatakan telah diakui Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu rakaman audio kontroversi baru-baru ini.

Pada 8 Feb lalu, Nik Mohamad Abduh telah hadir ke pejabat SPRM itu untuk memberikan keterangan mengenai dakwaan tersebut.

— BERNAMA