Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan spekulasi wujudnya komplot untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai khabar angin yang sengaja dimainkan oleh pembangkang.

Ia bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat terhadap pertuduhan dan siasatan terhadap segelintir pemimpin mereka serta krisis kepimpinan yang sedang membelit parti tersebut.

Presidennya, Mohamad Sabu percaya usaha ini dibuat bagi menggugat kestabilan dan mengganggu fokus kerajaan Pakatan harapan yang sedang bekerja keras untuk mensejahterakan hidup rakyat.

“Ingin ditegaskan bahawa, tidak timbul langsung soal undi tidak percaya terhadap YAB Tun.

“Amanah dan parti-parti komponen lain dalam Pakatan Harapan sentiasa teguh di belakang YAB Tun dalam usaha melakukan reformasi menyeluruh dan menambah baik tadbir urus negara,”” katanya sambil menyeru ahli-ahli di segenap peringkat untuk terus menumpukan kepada usaha-usaha mengembangkan dan menambah keahlian anggota parti.

Paling penting, kata Mohamad, Amanah perlu bekerja keras untuk memastikan calon Pakatan Harapan akan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast