Foto Instagram Mamat Khalid.

KUALA LUMPUR – Selepas 23 hari berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Mamat Khalid yang menunjukkan perkembangan positif kini dipindahkan di wad biasa.

Namun Pengarah filem itu masih memerlukan masa untuk kembali bercakap seperti dulu.

Mamat memerlukan rawatan berkala untuk melancarkan percakapannya.

Anaknya, Mohd Khalid Amen berkata, buat masa ini keluarganya menghadkan pelawat kerana mengutamakan waktu berehat Mamat.

“Alhamdulillah, maklum balas yang ditunjukkan sangat memberangsangkan. Buat masa ini, ayah sudah boleh berbual, tetapi memerlukan masa untuk bercakap seperti dulu.

“Selain rawatan berkala, ayah juga perlu menjalani fisioterapi secara rutin untuk melancarkan semula pergerakannya, pada masa sama, harus banyak berehat.

“Doktor sarankan supaya kami membataskan jumlah pelawat kerana tidak mahu dia cepat penat, walaupun ayah seronok setiap kali dapat bertemu ramai kawan,” kata anak keempatnya, Mohd Khalid Amen dipetik Berita Harian.

Mamat telah dimasukkan ke hospital terbabit pada 25 Januari lalu akibat masalah paru-paru dan jantung.

Bapa kepada lima cahaya mata itu seterusnya dikomakan selama 48 jam bagi merehatkan jantungnya supaya kembali stabil.

Mamat yang pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sekitar 2017 kerana sesak nafas, juga pernah menjalani pembedahan kecil membuka saluran darah yang tersumbat disebabkan masalah sama.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast