KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berhadapan dengan satu lagi pertuduhan baharu membabitkan tindakan pecah amanah.

Beliau di Mahkamah Sesyen 5 walaubagaimanapun ketika dibacakan pertuduhan mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi dan ingin dibicarakan.

Mengikut pertuduhan baharu itu Zahid sebagai seorang ejen yang juga pemegang amanah Yayasan Akalbudi pada 23 Disember 2016 telah membuat pembayaran RM260,000 harta milik yayasan itu kepada TS Consultancy & Resources.

Zahid didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan penjara 20 tahun, sebatan serta denda.