Hisham Barakat terbunuh selepas konvoinya dibom pada tahun 2015. foto Agensi

KAHERAH – Mesir telah membunuh sembilan lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh seorang pendakwa raya negara itu, Hisham Barakat pada tahun 2015.

Mereka terdiri daripada 28 orang yang dijatuhi hukuman mati kerana terlibat dalam serangan bom kereta yang menyasarkan konvoi Barakat di ibu kota, Kaherah.

Amnesty International berkata, mereka telah disabitkan kesalahan selepas perbicaraan yang tidak adil, dicemari dengan tuduhan penyeksaan.

Mahkamah jenayah Mesir telah menghukum bunuh ratusan orang dalam kes-kes yang berpunca daripada dakwaan keganasan politik sejak Julai 2013, apabila tentera membatalkan pelantikan Presiden Mohammed Morsi yang dipilih secara demokratik.

Mahkamah telah membatalkan banyak hukuman, tetapi kini sudah 15 orang dihukum bunuh pada tahun ini.

Tiga telah disabitkan atas pembunuhan seorang pegawai kanan polis di Kaherah pada tahun 2013 dan tiga yang lain atas pembunuhan seorang hakim di Mansoura pada tahun 2014.

Kerajaan menyalahkan gerakan Morsi Muslim dan gerakan Hamas yang berpusat di Gaza dalam pembunuhan Barakat, walaupun kedua-duanya menafikan mereka terlibat.

Beberapa lelaki yang digantung pada hari Rabu mendakwa mereka diseksa oleh anggota keselamatan bagi mendapatkan pengakuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast