Keputusan 'nolle prosequi' terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Koon tanpa melibatkan Peguam Negara, Tommy Thomas merupakan pencabulan ke atas Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. - Tan Sri Rais Yatim
Veteran politik, Tan Sri Dr Rais Yatim mendesak Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan menyangkal gesaan Dr Boo Cheng Hau supaya Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

KUALA LUMPUR – Veteran politik, Tan Sri Dr Rais Yatim mendesak Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan menyangkal gesaan Dr Boo Cheng Hau supaya Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

Rais yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan berkata, tindakan Cheng Hau menyeru perdana menteri melepaskan jawatan sama seperti majlis tertinggi DAP berseru sama.

Sehubungan itu, katanya, Kit Siang sebagai penasihat DAP atau Guan Eng mesti mengeluarkan kenyataan menyangkal gesaan tersebut.

“Menyuruh Tun M berhenti oleh pemimpin Celupar DAP Johor itu sama seperti majlis tertingginya berseru sama. Kit Siang atau Guan Eng mesti keluarkn kenyataan media menyangkal.

“Org Melayu mesti ingat “siapa yg ramai mereka berkuasa”. Mereka dah senseng lengan, kita senseng apa?” soal Rais dalam ciapan di laman Twitter pagi ini.

Kelmarin, Cheng Hau yang merupakan ahli jawatankuasa DAP Johor secara terbuka meminta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan.

Menurut beliau, Dr. Mahathir tidak percayakan keupayaan diri sendiri dan manifesto Pakatan Harapan apabila mengeluarkan kenyataan “manifesto tersebut hanyalah satu garis panduan dan bukannya bible” yang perlu dipatuhi.

Tambahnya, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang percaya tiada perubahan boleh dilakukan dalam kerajaan tanpa Dr. Mahathir adalah bodoh.

Dengan itu, beliau juga meminta supaya pemimpin-pemimpin tersebut mengakui kelemahan diri sendiri dan meletakkan jawatan masing-masing.

“Saya bersyukur kerana tidak dipilih sebagai calon pada pilihanraya umum yang lalu kerana saya tidak pernah menerima kepimpinan Dr. Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: PM sila letak jawatan, kata Cheng Hau

Cheng Hau baik letak jawatan daripada susahkan PH