TERKINI : BERANI KERANA BENAR! Kes Polis Syed Saddiq dan Papagomo

SEMENYIH – Ahli Parlimen Muar itu turut diminta mengulas mengenai Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang dibebaskan polis sebelum dijelaskan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bahawa Syed Saddiq salah faham insiden yang dilaporkan sebagai serangan fizikal.

Katanya dia tidak akan menarik balik laporan polis awal yang dibuat sekitar 2 petang Sabtu 16 Februari lalu terhadap Papagomo yang didakwa diserang secara fizikal.

Saya tampil ke IPD Kajang sudah dirakam keterangan oleh polis .

“Dalam video pertama yang tular ia tak ceritakan semua walaupun papagomo dakwa sentuhan lembut je.

“Tetapi video penuh kalau rakan rakan media sedar dan teliti memang berlaku kekasaransecara fizikal.

“Polis ada bukti video, gambar dan saksi kejadian maka biar polis siasat teliti dan ambil tindakan sewajarnya,” tegasnya lagi tanpa enggan mengulas lanjut. -MalaysiaGazette