TERKINI : TAN SRI MUHYIDDIN! Akui Kelemahan Calon PH, Muhammad Aiman – PRK Semenyih

SEMENYIH – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sememangnya mempunyai masalah komunikasi.

Jelas beliau, halangan itu dilihat tidak akan mengurangkan prestasi anak muda itu dan diperlekehkan oleh mana-mana pihak.

Muhyiddin berkata, pengalaman singkat Aiman dalam politik tidak harus menjadi kayu pengukur bagi pengundi dan meminta agar pengundi Semenyih melihat beliau mampu menjadi wakil rakyat yang efektif pada masa akan datang.

“Saya akui (masalah komunikasi itu), tetapi sebagai anak muda baru, kalau masuk bertanding dia perlukan masa untuk sesuaikan dengan keadaan, kerana dia seorang yang bijak, berkelulusan, bertenaga, dan potensi untuk jadi wakil agak berkesan itu ada, bukan jangka sekarang tapi masa depan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast