Gpbind
Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berucap pada Ceramah Perdana sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Taman Aik Ann, Semenyih. foto SYAFIQ AMBAK, 22 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Pakatan Harapan (PH) melihat kerjasama antara pesaing terdekat, Barisan Nasional (BN) dan Pas menjadi cabaran besar yang perlu dihadapi calonnya, Muhammad Aiman Zainali.

Pengerui DAP Selangor, Gobind Singh Deo berkata, bagaimanapun halangan itu mampu ditangkis PH menerusi calon muda dan bertenaga yang dipilih dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih 2 Mac ini.

“Saya lihat strategi BN berbeza di mana sekarang ini ada kerjasama Pas dengan UMNO.

“Dalam keadaan tersebut kita hadapi cabaran yang besar,” katanya kepada pemberita selepas berkempen di Taman Aik Ann di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai peluang PH untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Gobind berkata, yakin Muhammad Aiman mampu meyakinkan pengundi Semenyih untuk membuat pilihan  tepat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast