Seorang mangsa alkohol beracun diberi rawatan kecemasan di sebuah hospital. foto AGensi

ASSAM – Sekurang-kurangnya 70 orang maut manakala lebih 200 orang lagi dirawat di hospital selepas minum alkohol toksik yang dijual secara haram India.

Kaum wanita yang bekerja di ladang teh ddi Golagat dan Jorhat negeri Assam juga menjadi mangsa.

Jumlah itu dijangka meningkat

Mangsa pertama meninggal dunia pada hari Khamis.

Polis Golaghat berkata, 55 orang meninggal di daerah itu selepas mengambil alkohol manakala 12 lagi maut, juga selepas minum arak beracun.

“Mereka yang dirawat di hospital selepas muntah-muntag dan mengalami sakit dada dan sukar bernafas,” kata Dr Ratul Bordoloi.

Seorang pekerja yang dirawat di Hospital Golaghat berkata, dia beli separuh liter wain dan minum sebelum makan.

“Mula-mula semuanya normal tetapi selepas itu sakit kepala hingga tidak boleh makan dan tidur,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast