KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori maut terbakar dalam kemalangan dua buah lori di Kilometer 372 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selepas Hentian Rehat dan Rawat (RR) Behrang di Slim River pagi tadi.

Identiti mangsa belum dikenal pasti setakat ini.

 

WhatsApp Image 2019-02-23 at 13.24.08
Mayat pemandu lori di atas jalan raya selepas berjaya keluar dari kenderaan yang dipandunya.

Kebakaran itu berlaku selepas lori tangki dipercayai telah melanggar belakang lori muatan barang runcit itu di lorong kecemasan lalu terbakar.

Video kebakaran dan keadaan mangsa yang terbaring tular di laman media sosial.

https://www.youtube.com/watch?v=q0XJLAwqHj0&t=1s

Mangsa pada awalnya dapat keluar dari lori yang dipandunya.

Namun api yang merebak ke seluruh tubuhnya menyebabkan mangsa maut di tengah jalan.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia berkata, laluan masih ditutup kerana kerja-kerja pembersihan masih dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast